Pages

header


Thursday 20 September 2012

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Tarikh  :   29 Ogos 2012
Masa   :   8.45 – 9.45 (60 minit)
Tahun  :   3 Elite
Mata Pelajaran   :  Bahasa Melayu
Tema  :   Melancong ke Sabah dan Sarawak
Tajuk  :   Kenangan manis di Sandakan

Hasil Pembelajaran :
 Fokus Utama  :
   5.2     Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
             yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
  Aras 1 :
     i)   Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
      
  Fokus Sampingan ;
    3.1   Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
            Menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.
  Aras 2
     i) Mengenal pasti isi dan menyusun isi penting berdasarkan bahan.
 Objektif  :
            Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat ;
            1. Membaca pantas secara luncuran petikan teks.
            2. Menyatakan lima isi penting daripada teks yang dibaca.
Sistem Bahasa ;
            Tatabahasa  :  Kata nama, kata ganti nama, jenis ayat.
             Kosa kata : pemeliharaan, aksi, tropika, dan lain-lain.

Pengisian Kurikulum :
            Ilmu  - Kajian Tempatan
           Nilai  -  Hormat menghormati,kasih sayang

 Kemahiran Bernilai Tambah :
            KB  :  Menjana idea
            KP  :   Interpersonal
           Konstruktivisme, BCB,KTM (ICT)

Bahan Bantu Mengajar :
          Komputer, video klip, kad perkataan, bahan cetak, lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada Murid:
          Murid pernah mendapat maklumat tentang Sandakan.

Langkah/Masa
     Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan


Set Induksi
  (5 minit)

Video klip “Tarian Sumazau”

1. Murid melihat video klip “Tarian Sumazau”.

2. Guru meminta murid meneka dari mana asal tarian tersebut.

3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.



Komputer (video klip ” Tarian Ngajat.

KB :
Menghubungkaitkan

Teknik :
Sumbangsaran
Langkah 1
(10 minit)
Petikan teks :
Kenangan Manis Di Sandakan.
1. Guru mengedarkan teks ”Kenangan Manis di Sandakan.

2. Murid diminta membaca secara senyap.

3. Murid kemudiannya diminta membaca teks itu secara beramai – ramai.

4.Empat orang murid dipilih untuk membaca teks secara individu.

5. Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan. jika ada

Bahan bantu:
Teks “Kenangan Manis di Sandakan”

KB : Membuat inferens.

BCB :
i) Membaca dengan intonasi yang betul.
ii) Mendengar dengan aktif.

Teknik :
Bacaan mekanis

Langkah 2

(10 minit)




Perbincangan kumpulan :
Mengenalpasti  maklumat  penting.
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat yang diperoleh daripada teks.

2. Murid diminta menyusun isi penting berdasarkan petikan yang dibaca tadi..

3. Murid lain diminta untuk memberi pandangan tentang jawapan rakan mereka.

4. Guru mencatat jawapan murid di papan tulis.

KB : Menghubungkaitkan, menjana idea.
BCB : Memproses maklumat dan melaporkan maklumat.

KP : verbal linguistic, intrapersonal, interpersonal.

Langkah 3

(10 minit)
Soal jawab berdasarkan senarai soalan yang disediakan.

1. Di manakah lokasi Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok?

2. Apakah makanan isitimewa yang terdapat di Sandakan?


3. Berapakah keluasan Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok ?

4.Bagaimanakah perasaan penulis apabila melihat aksi pelatih buaya itu ?

5. Mengapakah penulis dan keluarga singgah di sebuah restoran di Bandar Sandakan ?














1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat yang diperoleh daripada teks.

2. Murid diminta menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

3. Murid lain diminta untuk memberi pandangan tentang jawapan rakan mereka.


4. Guru mencatat jawapan murid dalam powerpoint.


Langkah 4

(20 minit)

























































































 Penutup

(5 minit)












Tatabahasa :
Ayat Tanya

1. Apakah
2. Berapakah
3. Bagaimanakah
4. Mengapakah
5. Di manakah





































































Nyanyian lagu
“Jambatan Tamparuli”


Berapakah
1.Murid diedarkan kad tanya kepada kumpulan.
Apakah
Di manakah
Mengapakahh
Bagaimanakah
 






2.Murid diminta mengenal pasti dan menyebut kata tanya berdasarkan kad kata tanya yang diterima.

Pemulihan :
 (bil. Murid: 6 orang daripada 30 orang murid.

1. Murid dibimbing membaca ayat tanya berdasarkan powerpoint ayat yang disediakan.

2. Murid dibimbing menyebut  ayat tanya yang terdapat dalam powerpoint ayat yang disediakan.

3. Murid diminta mengisi semula kata  tanya di dalam lembaran kerja yang diedarkan.

Pengayaan (bilangan murid 24 orang daripada 30 orang)

1. Murid  diminta  menulis perkataan berdasarkan gambar pada petikan yang diberikan.

i) kapal terbang
ii) hotel
iii) Kampung Budaya Sarawak
iv) Muzium Kucing





2. Murid menyalin semula ayat- ayat yang lengkap dalam bentuk perenggan.














1.Murid menyanyikan lagu “ Jambatan Tamparuli dengan mengikut lirik lagu dengan iringan muzik.



Teknik :

Perbincangan kumpulan.

KB :
Menjana idea, menghubungkaitkan, mentafsir.

Konstruktivisme :
BCB :
Memproses maklumat dan melaporkan maklumat.


BBM : Laptop,
 Lembaran kerja:
i) Pemulihan
ii) Pengayaan

























































BBM:senikata lagu

CD lagu Tahun 3

KP : Kecerdasan muzik, visual-ruang

No comments:

Post a Comment