Pages

header


Sunday, 2 September 2012

REFLEKSI MEMBINA BLOG

Bagaimana pengalaman anda membina blog menggunakan tapak blogger
          Bagi saya tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya dan saya terasa tidak mampu melakukannya. Di samping itu, banyak kekangan yang terpaksa saya lalui untuk membina blog ini, antaranya sibuk dengan aktivti-aktiviti di sekolah. Tambahan pula saya kurang kemahiran menggunakan tapak blogger ini. Selain itu, bagi diri saya yang langsung tidak mahir memerlukan masa yang agak lama untuk membina blog sehingga kadang-kadang saya mengalami tekanan di samping memikirkan kerja kursus subjek lain yang belum siap lagi.
          Justeru itu, kelajuan internet menyukarkan saya menggunakan tapak blogger dan masa untuk berbincang dan berjumpa dengan rakan untuk membincang menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bagi saya pengalaman membina blog ini memerlukan saya lebih teliti dan mengikut prosedur seperti mana yang diarahkan oleh pensyarah. Saya hanya mendengar dan melayari blog orang lain untuk mencari bahan tetapi untuk membina blog dan membuat posting amat menyusahkan hati saya dan pada ketika itu saya berasa putus asa dengan kekurangan yang  ada pada diri saya.
        Apabila saya dapat melakukan posting baru saya berasa puas kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya  boleh melakukannya dan tiba masa untuk membuat semula saya sudah tidak lagi bagaimana saya melakukannya. Bagi saya untuk membina blog dengan pelbagai  keunikan membuatkan saya rasa tidak mampu lagi  dan merasakan subjek  ini memberi tamparan yang hebat kepada saya.Pada pendapat saya tugasan membina blog ini memberi saya satu informasi baru dan memerlukan saya lebih mempunyai kemahiran dalam bidang TMK dan perlu mempunyai perancangan yang lebih rapi.
       Di kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang sanggup berkongsi idea dan membantu saya membina blog menggunakan tapak blogger. Sekalung penghargaan kepada pensyarah atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan saya seorang yang lebih berilmu. Akhir kata segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

No comments:

Post a Comment